Thursday, 26 May 2016

CIRI-CIRI PRODUK YANG MEMPUNYAI MERCURY

CIRI-CIRI PRODUK YANG MEMPUNYAI MERCURY

Rata2 jika dilihat sekarang ramai yang taksub dengan kulit wajah dan badan yang putih...tapi tidak tahu kesan sampingan yang akan dihadapi....disini saya kongsi bagaimana ingin mengetahui produk tersebut mempunyai bahan berbahaya ataupun tidak


CIRI2 PRODUK YANG MEMPUNYAI MERCURY
  • Melekit ...SAPU KAT MUKA SUSAH NAK SERAP..
  • Tidak Homogen.Kalau kita biarkan krim tu,akan nampak lapisan minyak terpisah dari lapisan yg padat.
  • Kulit putih segera.Pakai banyak merkuri memangla laju je kulit putih yea.Putih nye pulak lain mcm,senipis kulit telor blh dilihatnya..bukan putih natural yea.Biar lambat putih asalkan selamat.
  • jerawat SUSAH nak tumbuh.Jangan cepat happy bila ni terjadi.Sebenarnya kulit epidermis(lapisan kulit yg paling ats sekali) dah rosak.Kulit dah ROSAK tu dah hilang protein dan melanin yg sgt la penting untuk melindungi kulit dari sinar uv.Dan kenapa jerawat dah xnak tumbuh adalah sebab kuman/bakteria pun xsudi nak duduk tempat yg dah rosak.Nyamuk pn buat derk je.
  • Bau logam.Merkuri ialah logam berat yg berbentuk cecair.So bau logam bau dia kuat menyengat,kalau wangi pun maybe dia dah dicampur dgn parfum(pewangi).
  • Warna kebiasaanya berwarna putih-kuning.Krim siang kuning,krim malam putih.Tapi xsemua lah produk nak ckp ada merkuri,tapi wajib diragui.
  • Berkilau blink2.Tekstur kosmetik yg ada mercury ni berkilau2,kilat2 sikit.Cuba tengok kat kulit lepas pakai tu ada x kilat2.Ingat! mercury adalah logam sebabtu dia berkilat.
  • Bila stop pakai,bintik2 tumbuh kat muka,gatal2.Lama2 kulit jadi kehitaman dan kusam lebih teruk daripada sebelumnya.
  • Kulit sensitif dengan matahari.Kena matahari kejap je pun dah merah dan rasa terbakar.




CONTOH KRIM BERMERKURI





  • KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE, TRETINOIN, MERKURI DAN PLUMBUM PADA WAJAH
HATI-HATI MEMILIH PRODUK / KOSMETIK KECANTIKKAN Kecantikan dalam dunia wanita tidak boleh dipisahkan lagi. Walaupun wanita itu atau anda sendiri tidak bersolek, anda tetap mahu kelihatan cantik melalui pemakaian dan gaya bukan? 
Cantik seseorang wanita itu juga terletak pada tutur kata dan kesopanannya. Itu juga menjadi salah satu pengukur untuk menunjukkan kecantikan wanita. Namun, bersolek dan pemakaian alat kosmetik tetap menjadi pilihan utama ramai wanita di luar sana!Tetapi anda sebagai wanita harus ingat! Tidak semua alat kosmetik / kecantikan itu sesuai dengan kulit anda.

Jangan tersalah pilih produk, kenali dulu produk / kosmetik sebaik-baiknya supaya anugerah yang diberikan Allah akan sentiasa terpelihara.Analisis dahulu jenis kulit anda, dan sesuaikan dengan produk yang ingin anda gunakan. 
Pastikan produk anda TIDAK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA 

  • YANG MENCEMARKAN PRODUK.
  • Kebiasaannya, Krim Pemutihan menjadi pilihan untuk mendapatkan kulit yang lembut dan licin serta menanggalkan bintik hitam, jeragat, tompokan hitam, jerawat dan kedut. Cubaan lebih kepada jenama krim muka yang menjanjikan kesan tersebut. Anda juga pasti lebih terdorong untuk mencuba / membeli kerana terpengaruh dengan pujukan penjual, iklan atau testimoni daripada pihak penjual tanpa memikirkan kesan sampingannya seperti kerosakan pada kulit muka!Hati-hati dengan segelintir pihak pengeluar yang hanya inginkan keuntungan semata dan mengeksploitasikan kegilaan kaum wanita yang ingin berwajah 'putih cantik dan berseri' dengan mencampurkan bahan kimia berbahaya dalam krim tersebut. Produk yang mengandungi bahan kimia tersebut biasanya di dakwa dapat memberikan kesan dalam masa yang singkat.
 Contohnya , muka akan menjadi putih dalam masa tujuh hari jika memakai krim pemutihan produk 'A'.
BAHAN KIMIA APA YANG BERBAHAYA ITU? 

☢☢☢☢1) HYDROQUINONE Proses Pemutihan boleh menjejaskan kesihatanmelalui penghakisan dua lapisan pelindung kulit muka, iaitu lapisan melanin (bahan yang memberi warna pada kulit) dan lapisan berkematu yang kalis air. Hydrokuinone bertindak dengan menyekat pengeluaran melanin tersebut dan kulit akan menjadisemakin cerah tetapi dalam masa yang sama lapisan kulit muka akan menjadi semakin tipis. Akibatnya, fungsi perlindungan kulit daripada sinaran ultra ungu dan pancaran matahari secara berlebihan akan terjejas malah kulit muka akan menjadikemerah-merahan dan rasa pedih serta terbakarSekiranya digunakan dalam tempoh yang panjang atau digunakan dengan banyak dan pengguna terdedah pula kepada pendedahan matahari, lapisatn pelindung kulit muka menjadi semakin nipis dan akibatnya timbul jeragat hitam yang akan berkekalan pada kulit.Penyerapan Hydroquinone ke dalam peredaran darah dalam kuantiti yang besar pula boleh menyebabkan pendengaran berdengung, menggigil, perasaan lemas, mual dan muntah, sentakan otot, sakit kepala sawan, sukar bernafas dan akhirnya komaJika termakan Hydrokuinone pula boleh menyebabkan keracunan yang serius seperti kerosakan sel darah merah

2)TRETINOIN 
Tretinoin adalah bahan kimia berbahaya kedua. Biasa digunakan oleh doktor untuk merawat jerawat yang serius. Tretinoin juga menghakis lapisan kulitsedikit demi sedikit sama seperti Hydroquinone. Kulit akan kelihatan mengelupas, kering, merah, pedih dan gatal-gatal semasa ia digunakan. Kulit juga akan lebih sensitif kepada cahaya matahari.

3) MERKURI DAN PLUMBUM 
Merkuri atau raksa pula sudah lama dilarang penggunaanya. Ia memang menjadikan kuit nampak cantik dan mulus tetapi lama kelamaan merkuri ini akan mendap dibawah kulit. Akibatnya, kulit akan menjadi biru kehitaman dan lebih menakutkan ia boleh menyebabkan KANSER!
Bahan kimia seterusnya adalah PLUMBUM. Amat berbahaya! Pemakaian krim muka / bedak yang tercemar dengan plumbum boleh mengakibatkan gangguan saraf, mental dan juga menyababkan MAUT akibat keracunan plumbum.

.CONTOH KESAN SAMPINGAN HYDROQUINONE, TRETINOIN, MERKURI DAN PLUMBUM PADA WAJAH Kulit wajah akibat Bahan KimiaTAKUT TAK? NGERI BUKAN...SO, JANGAN GUNA PRODUK YANG ADA BAHAN KIMIA TERSEBUT DI ATAS!PASTIKAN ANDA PILIH YANG 100% SEMULAJADI. PRODUK HAS BEAUTY ADA, KENAPA HARUS MENCARI YANG LAIN



KESAN SAMPINGAN AKIBAT MERCURI BERLEBIHAN








JADI MENGAPA BAYAR LEBIH UNTUK DAPATKAN PRODUK YANG BERKUALITI???
cubalah has beauty yang mampu milik dan diluluskan oleh kkm


No comments:

Post a Comment